Slot dedah punca sebenar ketiadaan Nunez

Iklan
Nunez - Foto: Agensi

ARNE Slot menafikan khabar angin kononnya Darwin Nunez bergaduh dengan staf kejurulatihan sebelum perlawanan menentang West Ham pada hujung minggu lalu.

Ketiadaan Nunez dalam perlawanan tersebut mengkhejutkan peminat The Reds memandangkan tiada laporan kecederaan ke atas penyerang tersebut.

Iklan
Iklan

"Dia tidak bermain sebab dia rasa tak sedap badan, bukan sebab bergaduh dengan sesiapa,” tegas Slot.

Ketiadaan Nunez terus mencetus spekulasi tentang masa depannya di Anfield.

Iklan

Wartawan bola sepak terkemuka Itali, Fabrizio Romano mendedahkan penyerang berusia 25 tahun itu kini terbuka untuk cabaran baru, termasuk tawaran dari luar Eropah.

Sejak menyertai Liverpool pada 2022 dengan nilai £85.36 juta (RM512 juta), Nunez menjaringkan 40 gol dalam 138 penampilan, namun musim ini hanya 17 kali diturunkan dalam kesebelasan utama.

Iklan

Dia dijangka kembali ke skuad menentang Leicester malam ini, tapi masa depannya di bawah Slot semakin menjadi tanda tanya.