Remaja nyaris lemas dihanyutkan arus deras ketika mandi sungai

Iklan
Pasukan bomba meredah arus untuk membawa keluar mangsa.

REMBAU - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas dihanyutkan arus deras kira-kira 100 meter ketika mandi di sungai Bukit Kledang Kota di sini pada Jumaat.

Dikatakan mangsa bersama seorang rakan ke sana untuk mandi-manda sebelum berlaku kejadian kepala air.

Iklan
Iklan

Rakannya sempat menyelamatkan diri lari ke tebing sementara mangsa terperangkap di atas benteng pasir di tengah sungai.

Pasukan bomba membawa mangsa keluar yang terperangkap di kawasan beting pasir ketika berlaku kejadian kepala air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota, Zaini Salleh berkata, bilik gerakan menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.10 petang.

Iklan

Menurutnya, pasukan bomba menggunakan peralatan tali dan pelampung untuk membawa mangsa keluar.

"Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa keluar sekitar jam 6.30 petang sebelum diserahkan kepada keluarga.

Iklan

"Operasi kemudian ditamatkan jam 6.50 petang," katanya.