Jiwa besar yang sebenar
Iklan
Tun Abdullah Ahmad Badawi. Foto Bernama
RAMAI yang mengenali dan menyayangi Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana beliau seorang tokoh yang terkenal dengan ramah mesra, sikap rendah diri, murah hati dan berjiwa besar.
Pemergian Tun Abdullah adalah peristiwa yang memperingatkan kita akan arus politik negara yang semakin toksik akibat pencemaran 3R masa kini dan ia amat memerlukan ketokohan seperti Tun Abdullah yang membawa aura sederhana, sopan santun dan berlapang dada walapun berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.