Buka ruang dialog isu Laut China Selatan
Iklan
Semua negara ASEAN perlu bersatu menyelesaikan isu Laut China Selatan. Gambar kecil: Azrul Azlan
SHAH ALAM - Kedatangan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia belum dapat menyelesaikan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan kerana isu tersebut melibatkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) di peringkat ASEAN.
Bagaimanapun, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr Azrul Azlan Abdul Rahman berkata, kehadiran Jinping selama tiga hari sebelum ini dapat membuka ruang dialog baharu untuk Malaysia mengutarakan perkara tersebut yang mungkin boleh didengari di peringkat ASEAN kelak.