Pastikan data rakyat, negara terjamin
Iklan
Dalam era ekonomi digital dan AI, data merupakan aset bernilai. (Foto hiasan) Gambar kecil: Mohd Azlishah
SHAH ALAM - Malaysia perlu menetapkan rangka kerja jelas mengenai perlindungan data dan piawaian etika kecerdasan buatan (AI) dalam pelaksanaan kerjasama dengan kuasa teknologi asing demi memastikan privasi data rakyat dan negara terjamin.
Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Komputer, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Dr Mohd Azlishah Othman berkata, meskipun diakui kerjasama Malaysia-China dalam pembangunan ekonomi digital serta pengukuhan AI memberi potensi dan manfaat besar, namun kawalan data dan keselamatan siber perlu diutamakan.