Suri rumah trauma, takut jadi mangsa lelaki gila seks
Iklan
Roslina tidak berani lagi menjemur pakaian di luar rumah. Foto hiasan
GEORGE TOWN - Seorang suri rumah di Paya Terubong di sini mengakui masih trauma dengan kejadian pakaian dalam yang dijemur di luar rumahnya hilang disyaki dicuri oleh lelaki gila seks.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Roslina, 35, berkata, kejadian yang menimpa keluarganya beberapa tahun lalu meninggalkan kesan kepadanya kerana takut menjadi mangsa gangguan seksual lelaki tidak dikenali.