VIENTIANE - Gempa bumi berukuran 3.6 pada skala Richter melanda wilayah Phongsaly di utara Laos pada pagi Jumaat, namun tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.
Menurut laporan Pusat Data Maklumat Gempa Bumi Kebangsaan Laos, gempa berlaku di daerah Yord Ou, wilayah Phongsaly, kira-kira 750 kilometer di utara ibu negara Vientiane, pada jam 9.40 pagi waktu tempatan.