Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Langat

Iklan
Polis masih menyiasat untuk kenal pasti identiti dan punca kematian mangsa yang dijumpai terapung di Sungai Langat.

KUALA LANGAT - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Langat di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kejadian itu telah tular menerusi satu rakaman video di media sosial pada Khamis sebelum mayat dijumpai terperangkap di perangkap sampah RTB Bukit Changgang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis telah mendapatkan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting untuk mengeluarkan mayat tersebut.

"Siasatan mendapati mayat merupakan lelaki yang lengkap berpakaian baju t-shirt lengan panjang warna biru dan berseluar jeans biru.

Iklan

"Mayat masih belum dikenal pasti identitinya itu juga didapati tiada kesan kecederaan luaran," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas mayat mendapati terdapat tatu di lengan kiri.

Iklan

Jelasnya, bedah siasat telah dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187222 atau menghubungi balai polis terdekat," ujarnya.