IPOH - [DIKEMAS KINI] Isu rakyat serta penyelenggaraan kemudahan awam akan diberikan tumpuan utama dalam memastikan visi menjadikan Ipoh sebagai 'Bandaraya Bestari Sejahtera' dapat direalisasikan, kata Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah.
Beliau yang baru mengangkat sumpah ke jawatan Datuk Bandar hari ini berkata, walaupun perkara itu bukan satu tugas yang mudah, namun ia merupakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh setiap warga bandar raya ini.