Remaja maut kena renjatan elektrik ketika panah ikan di sungai

Iklan
Seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan dalam kejadian di Sungai Kampung Minansad, di sini, pada malam Khamis.

KOTA MARUDU - Seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan dalam kejadian di Sungai Kampung Minansad, di sini, pada malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Tiga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Simiun Lonudin berkata, sekitar jam 7 malam, bapa mangsa dimaklumkan bahawa anaknya bersama tiga rakan lain ingin ke sungai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah untuk menangkap ikan.

"Kira-kira satu jam kemudian, seorang rakan mangsa datang ke rumah dan memaklumkan anaknya itu terkena renjatan elektrik semasa berada di dalam sungai.

Iklan

"Bapanya segera ke sungai dan sebaik tiba, mangsa didapati memegang kabel elektrik lalu bertindak menghampirinya sebelum mendapati dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Susulan kejadian itu, pasukan bomba yang menerima maklumat kejadian tersebut memaklumkan kepada pihak polis dan pihak Hospital Kota Marudu juga ke lokasi kejadian sebelum mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 10.02 malam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau lagi, hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian yang boleh menyebabkan kematian mangsa.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya.