29 April tarikh akhir jemaah umrah pulang

Iklan
JEMAAH umrah wajib meninggalkan Arab Saudi selewat-lewatnya pada 29 April bagi memberi laluan kepada jemaah haji. Foto Canva

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan 29 April sebagai tarikh akhir untuk jemaah umrah meninggalkan Arab Saudi bagi memberi laluan kepada musim haji yang akan datang.

Kementerian turut menyeru orang ramai serta syarikat dan institusi yang menguruskan jemaah Umrah untuk mematuhi segala peraturan berkaitan.

Iklan
Iklan

Pihak kementerian menegaskan bahawa sebarang pelanggaran akan dianggap sebagai kesalahan dan kegagalan sesebuah syarikat melaporkan kelewatan kepulangan jemaah boleh mengakibatkan denda sehingga 100,000 riyal Saudi (RM117,697), selain tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab. - Bernama