Zahnita Wilson hadir ke Mahkamah Syariah

Iklan
Zahnita Wilson hadir untuk mendengar tiga kes sebutan di Mahkamah Syariah Kuantan pada Jumaat. Foto Sinar Harian

KUANTAN - Bekas peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson hadir untuk mendengar tiga kes sebutan semula di Mahkamah Syariah Kuantan pada Jumaat.

Tiga kes yang akan sebut ialah tuntutan atau permohonan perceraian, permohonan perintah injunksi terhadap gangguan dan tuntutan hadhanah atau hak lawatan serta hak bermalam.