Projek ECRL: Siapa jual negara?
Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama Presiden China, Xi Jinping (kiri) menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China yang diwakili oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kanan) dan Menteri Perdagangan China, Wang Wentao (dua, kiri) di Kompleks Seri Perdana, pada Rabu. Foto Bernama
THE internet never forgets – mohon membuka ruangan dalam bahasa Inggeris.
Pada 27 April 2018, di akhir hegemoni pemerintahan Barisan Nasional (BN) ketika itu, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli telah menulis di laman Facebook:"Hutang kita kepada China untuk projek ECRL bersamaan dengan 30 KLCC!” Seterusnya, Rafizi turut mempersoalkan berapa lagi generasi anak watan yang bakal menanggung hutang Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) itu.