Jangan hulur tengkuk kepada scammer
Iklan
Risiko ditipu oleh scammer semakin tinggi dan kaedah penipuan mereka semakin canggih, seiring dengan perkembangan teknologi. Gambar hiasan
KITA sudah membaca pelbagai kes — rakyat jadi masa scammer. Jumlah terlibat amat besar dan kesan ke atas orang yang ditipu itu juga amat menyedihkan.
Secara amnya, scammer memperdayakan mangsa melalui tiga pendekatan iaitu ketamakan mangsa, kealpaan mangsa dan menakutkan mangsa. Ternyata mereka telah membuat kajian psikologi dan tahu bagaimana mahu mencari serta memperdayakan mangsa.