Bantu pemilik tanah Kg Sungai Baru
Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan penduduk Kampung Sungai Baru berjaya tangguh perintah pengosongan flat.
ISU Kampung Sungai Baru iaitu sebahagian daripada Kampung Bharu Kuala Lumpur, kembali menarik perhatian apabila pada 9 April lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berserta ahli-ahli Parlimen PN bertemu sekumpulan pemilik rumah/tanah di kampung tersebut. Program itu diselaraskan oleh Ketua Portfolio Wilayah Persekutuan PN, Datuk Azman Nasruddin.
Isu ini kompleks. Ia melibatkan sekeping tanah yang di atasnya terdapat dua jenis pemilik rumah/tanah iaitu pemilik rumah flat (264 unit) dan pemilik rumah teres (98 unit) yang diwarisi bergenerasi. Ia menjadi isu apabila timbul cadangan membangunkan projek usahasama (JV) antara pemilik rumah/tanah dengan sebuah syarikat pemaju.