Pengunjung menyaksikan pelbagai karya seni berunsurkan sejarah bentuk visual yang diterjemahkan daripada teks klasik Sulalatus Salatin, di Melaka, hari ini.
Sebanyak 37 karya seni dipamerkan untuk tatapan pengunjung dan peminat seni berunsurkan sejarah, selama empat bulan bermula 1 Jan lepas.
Karya-karya tersebut dihasilkan dalam pelbagai bentuk antaranya lukisan, arca, catan dan seni instalasi oleh 27 artis tempatan, khususnya dalam kalangan ahli persatuan berkenaan. Foto Bernama