KUALA LUMPUR - Presiden China Xi Jinping berkata, China menyokong Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dan bersedia menandatangani Protokol Peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China dengan negara serantau secepat mungkin.
Beliau berkata, China dan ASEAN akan menolak penyahgandingan, gangguan bekalan, penyalahgunaan tarif serta menentang amalan undang-undang rimba dengan mengamalkan keterbukaan, keterangkuman, perpaduan dan kerjasama.