Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri

Iklan
MetMalaysia pada Rabu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 9 malam ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Rabu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh Kelantan dan Terengganu serta beberapa bahagian di Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Keadaan cuaca sama dijangka melanda Sarawak membabitkan Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang) dan Tawau. - Bernama

Iklan
Iklan