Kejayaan Barcelona ke separuh akhir tak perlu dipertikai
Iklan
Flick. Foto AFP
PENGENDALI Barcelona, Hansi Flick menegaskan skuad bimbingannya berhak mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara biarpun tewas 1-3 kepada Borussia Dortmund dalam aksi suku akhir kedua pada Rabu.
Barcelona bertandang ke Jerman dengan bekalan kemenangan selesa 4-0 di laman sendiri pada aksi pertama, sekali gus menyukarkan misi kebangkitan Dortmund untuk mara ke separuh akhir buat musim kedua berturut-turut.
Iklan
Iklan
Dortmund memberi tentangan sengit apabila Serhou Guirassy menjaringkan hatrik dalam kemenangan bergaya mereka, namun kelebihan agregat 5-3 memihak Barcelona yang menempah slot ke separuh akhir buat kali pertama sejak musim 2018/19.
"Mereka benar-benar beri kami kesukaran, tetapi yang penting, kami berjaya ke separuh akhir," katanya.
Iklan
Barcelona kini masih dalam landasan memburu kejuaraan treble musim ini apabila sudah layak ke final Copa del Rey dan mengungguli La Liga dengan kelebihan empat mata.
Dalam pada itu, pemain tengah muda Barcelona, Fermin Lopez yang mencetuskan jaringan sendiri Ramy Bensebaini berkata pengalaman sukar di Dortmund akan menjadikan pasukan lebih kuat.
Iklan
"Dortmund merupakan pasukan yang sangat baik, anda boleh lihat hari ini. Minggu lalu kami beri mereka pengalaman ngeri di tempat kami, dan hari ini kami pula yang diuji. Tapi akhirnya, kami berjaya mara.
"Kami kini berada di separuh akhir dan banyak pengajaran yang boleh kami ambil daripada perlawanan ini kerana ia benar-benar satu tugas yang besar," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>