Mencari damai yang abadi
Iklan
Penulis bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa hayat bekas Perdana Menteri itu.
SELURUH negara bersedih dengan pemergian mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tun Abdullah yang lebih mesra dipanggil Pak Lah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025, jam 7.10 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Allahyarham diberi penghormatan dengan Istiadat Pengebumian Negara. Jenazahnya disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.