IMPIAN Paris Saint-Germain (PSG) untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama menyala apabila berjaya menyingkirkan cabaran Aston Villa dengan agregat tipis 5-4, selepas tewas 2-3 di Stadium Villa Park pada Rabu.
Les Parisiens bimbingan Luis Enrique bermula garang apabila memimpin perlawanan dengan dua gol dihasilkan bek sayap lincah, Achraf Hakimi (m-11) dan Nuno Mendes (m-27), untuk membungkam sorakan penyokong tuan rumah.