Perlis kibar bendera separuh tiang zahir dukacita pemergian Tun Abdullah
Iklan
Mohd Shukri hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Perlis, di sini pada Selasa.
KANGAR – Kerajaan negeri Perlis menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang telah kembali ke rahmatullah pada petang Isnin.
Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham, dan mengakui pemergiannya sebagai kehilangan besar buat negeri Perlis serta rakyat Malaysia.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Tun Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, memainkan peranan penting dalam pembangunan wilayah utara Semenanjung Malaysia, termasuk Perlis.
"Tun Abdullah adalah tokoh yang mencetuskan idea penubuhan Koridor Utara (NCER) yang menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur, pelaburan, dan ekonomi di wilayah utara termasuk negeri kita.
Iklan
"Jasa dan sumbangan beliau tidak dapat kita lupakan, khususnya dalam memastikan pembangunan yang memberi manfaat besar kepada rakyat Perlis,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Perlis, di sini pada Selasa.
Sebagai tanda penghormatan kepada jasa besar Allahyarham, kerajaan negeri Perlis mengarahkan bendera negeri dikibarkan sepanjang hari separuh tiang pada Selasa.
Iklan
"Kami telah mendapat perkenan Tuanku Raja Perlis untuk mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan kepada Tun Abdullah yang banyak menyumbang kepada negara dan negeri ini,” jelas Mohd Shukri.
Beliau turut menzahirkan penghormatan mendalam kepada keluarga Allahyarham, yang turut menerima kesedihan rakyat atas pemergian seorang tokoh negarawan ulung.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>