Era Tun Abdullah kukuhkan hubungan Malaysia-Singapura - PM Singapura

Iklan
Lawrence Wong

SHAH ALAM - Hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura mencatat kemajuan ketara sepanjang era kepimpinan mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, kerjasama terjalin ketika itu telah meletakkan asas kukuh bagi hubungan rapat yang dinikmati kedua-dua negara pada hari ini.

Iklan
Iklan

"Bekerjasama dengan beliau dapat mengeratkan lagi kerjasama dalam bidang penting seperti pembangunan Iskandar Malaysia dan mencapai kemajuan baik dalam isu dua hala.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bekas Perdana Menteri kelima itu disahkan meninggal dunia di usia 85 tahun pada Isnin jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Iklan

Berita sedih itu dimaklumkan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang juga menantunya menerusi hantaran Instagram milik beliau.

Berdasarkan maklumat sumber terdekat dengan keluarga Allahyarham Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, bekas Ahli Parlimen Kepala Batas dimaklumkan sudah dimasukkan ke wad IJN sejak awal pagi Ahad atas masalah sakit tua dihadapinya sebelum ini.

Iklan

Wong turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin disegani dan memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial serta ekonomi Malaysia.

"Tun Abdullah membantu ASEAN berdiri teguh di pentas dunia. Singapura beruntung mempunyai beliau sebagai rakan.

"Perginya beliau merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja buat Malaysia tetapi seluruh rantau ini.

"Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia atas kehilangan ini,” ujarnya.