KUALA LUMPUR - Persiapan bagi Istiadat Pengebumian Negara Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini berjalan lancar.
Tinjauan Bernama di sekitar pekarangan masjid mendapati hampir semua persiapan telah diselesaikan, termasuk kerja-kerja penggalian liang lahad bagi persemadian jenazah Allahyarham.