Cacing 'bersarang' dalam perut budak 3 tahun

Iklan
Tiga titik tersumbat di dalam usus mangsa. Foto Agensi

JEMBER – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa menanggung sakit perut luar biasa, gara-gara ususnya tersumbat dengan cacing.

Mangsa dari Kabupaten Jember, Jawa Timur di Indonesia itu kemudiannya perlu menjalani pembedahan.

Iklan
Iklan

Menurut jurucakap di Rumah Sakit Daerah (RSD) dr Soebandi Jember, perutnya dipenuhi dengan cacing sehingga kanak-kanak itu tidak dapat membuang air besar.

"Ususnya tidak dapat berfungsi. Dia juga mengalami sesak nafas hingga muntah," ujarnya lagi.

Iklan

Sementara itu, Pengarah kemudahan tersebut, Dr dr I Nyoman Semit berkata, seramai empat doktor terbabit prosedur pembedahan itu.

"Cacing yang 'bersarang' dalam perutnya seperti cacing tanah atau cacing ascariasis dan bukannya cacing pita. Kami percaya cacing tersebut memasuki usus kanak-kanak itu melalui tangannya," katanya.

Iklan

Jelasnya, cacing itu boleh memasuki tubuh manusia atas pelbagai faktor termasuk tidak mencuci tangan sebelum makan.

"Meminum air tanpa dimasak juga berisiko tinggi. Cacing ascariasis mudah masuk ke dalam tubuh manusia jika tidak menjaga kebersihan," menurutnya. - Agensi