NEW DELHI – Seorang lelaki ditahan pihak polis di kawasan Kailash Nagar, daerah Shahdara, selepas disyaki merogol beberapa ekor anjing betina, lapor pihak berkuasa pada Sabtu lalu.
Suspek yang dikenali sebagai Naushad, bekerja sebagai pembekal bagi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) haiwan, telah ditahan selepas NGO tersebut membuat aduan rasmi kepada pihak polis.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan polis Delhi, satu video memaparkan lelaki berkenaan sedang melakukan serangan seksual terhadap seekor anjing turut tular di media sosial. Dalam video itu, Naushad dilihat dibelasah oleh beberapa individu yang turut mengajukan soalan kepadanya, 'berapa ekor anjing kamu rogol?'
Akaun aktivis haiwan di platform X turut memuat naik rakaman insiden berkenaan dan menandakan beberapa pemimpin politik serta pihak berkuasa tempatan termasuk ketua menteri dan pejabat Leftenan Gabenor (LG) Delhi.
Pihak NGO mendakwa Naushad telah merogol sekurang-kurangnya 12 hingga 13 ekor anjing betina. Walau bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mengesahkan dakwaan tersebut. -Agensi