PRK Ayer Kuning: SPR keluarkan 116 kertas undi pos
Iklan
SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April, manakala pengundian awal pada 22 April. - Gambar hiasan
TAPAH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada mereka yang berhak mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Iklan
Iklan
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata, pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan petugas pilihan raya yang dilantik pegawai pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon-calon bertanding.
"Kertas undi pos yang dikeluarkan terdiri daripada 113 undi pos bagi Kategori 1A (petugas pilihan raya dan anggota polis) dan tiga undi pos bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang menetap di luar negara),” katanya.
Iklan
Beliau mengingatkan semua pengundi pos supaya mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) sebelum membuat penandaan pada kertas undi serta mengembalikannya kepada pegawai pengurus sebelum jam 5 petang pada hari mengundi.
Ikmalrudin turut mengingatkan pengundi supaya sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial.
Iklan
SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April, manakala pengundian awal pada 22 April.
PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir; calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia, (PSM) Bawani KS. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>