Arafat tewas, Kamil Munim menang pemilihan PKR
Iklan
Muhamad Arafat, Muhammad Kamil
IPOH - [DIKEMAS KINI] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad antara wakil rakyat yang tewas dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat cabang.
Muhamad Arafat gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Tambun apabila memperoleh 1,233 undi berbanding lawannya, Shamsul Kamar Ani yang mendapat 1,458 undi.
Iklan
Iklan
Selain itu, Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan turut tewas kepada Timbalan Ketua Penerangan PKR Perak, Novinthen Krishnan bagi jawatan Ketua PKR Cabang Sungai Siput.
Cubaan pertama kali ADUN Hutan Melintang, S Wasanthee bertanding merebut Ketua PKR Cabang Bagan Datuk turun kecundang apabila penyandangnya, R Manukaran mempertahankan jawatan berkenaan.
Iklan
Dalam pada itu, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berjaya memenangi jawatan Ketua PKR Cabang Padang Rengas menewaskan Lukman Yahaya.
Begitu juga Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri yang berjaya mempertahankan jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Kangsar.
Iklan
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Zaim Sidqi Zulkifly yang bertanding bagi jawatan Ketua AMK Cabang Kuala Kangsar turut memenangi jawatan tersebut.
Pemilihan PKR kali ini juga menyaksikan beberapa 'orang lama' di peringkat cabang gagal mempertahankan jawatan tersebut termasuklah bekas ADUN Bota, Usaili Alias yang kecundang di Parit.
Sementara Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik, Mohamad Maharani Md Tasi pula tewas di Cabang Pasir Salak.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes mahkamah tidak ganggu persiapan Akmal hadapi PRN"><meta itemprop="description" content="Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak terjejas bagi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh walaupun berdepan kes mahkamah yang masih belum selesai selepas menunggu selama setahun.
Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tempoh setahun berdepan situasi itu menjadikan dirinya lebih bersedia daripada segi mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sama ada dapat meneruskan hasrat mempertahankan kerusi yang disandang pada PRN akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801980/berita/politik/kes-mahkamah-tidak-ganggu-persiapan-akmal-hadapi-prn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T03:57:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gNiyU1gti-eB40mB-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbr84da"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbr84da"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbr84da"></script>