Polis tembak mati penculik tuntut tebusan RM2 juta

Iklan
Polis menembak mati seorang lelaki warga tempatan di Jalan Bayu Tinggi, Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor pada Isnin kerana dipercayai terlibat dalam kes culik remaja perempuan di Seremban, Negeri Sembilan. Foto: PDRM.

KLANG - [DIKEMAS KINI] Polis menembak mati seorang lelaki warga tempatan di Jalan Bayu Tinggi, Bandar Bukit Tinggi, di sini pada awal pagi Isnin yang dipercayai terlibat dengan kes culik di Avenue Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek telah menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan meminta wang tebusan berjumlah RM2 juta.

Iklan
Iklan

"Pada Jumaat jam 8.30 malam, mangsa telah dibebaskan oleh suspek di Nusari Bayu Sendayan, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Suasana lokasi kes kejadian tembak. Foto: PDRM. Foto: PDRM.

Iklan

"Pihak polis berjaya mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira di Jalan Bayu Tinggi, Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor pada Isnin jam 4.15 pagi.

"Semasa polis cuba menahan kereta tersebut, suspek telah merempuh kenderaan polis dan bertindak melepaskan diri," katanya pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, polis mengejar dan dapat memintas kenderaan suspek, seterusnya berlaku tembak menembak.

Katanya, suspek yang berusia 21 tahun dan tiada mempunyai rekod jenayah telah berjaya ditembak mati.

Kata beliau, polis turut merampas sepucuk pistol semi auto Colt dan parang daripada suspek.

Fadil (tengah) melakukan sidang akhbar berhubung kejadian tembak mati seorang lelaki warga tempatan yang terlibat dengan kes penculikan remaja perempuan di Seremban, Negeri Sembilan.

Susulan kejadian tembak itu, beliau berkata, pihak polis turut membuat tangkapan melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita di sekitar di Jalan Tiara Sendayan, Negeri Sembilan.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 31 tahun.