Saya pun naik darah, banyak orang ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah

Iklan
Al-Sultan Abdullah ketika menyampaikan titah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut pada malam Ahad.

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu rakyat di negeri ini bertindak sebagai mata dan telinga baginda dalam memastikan tanah-tanah milik negeri tidak diceroboh sewenang-wenangnya.

Baginda turut mengingatkan rakyat agar menjaga bumi Pahang dengan sebaik mungkin.

Iklan
Iklan

"Jagalah bumi Pahang kita dengan sebaik mungkin. Jangan bagi orang menceroboh tanah-tanah negeri Pahang," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut pada malam Ahad.

Iklan

Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan rasa dukacita dan terhadap peningkatan kes pencerobohan tanah di negeri ini dan sepatutnya bumi Pahang ini dijaga dengan sebaiknya.

"Sudah sampai masanya kita berkeras dengan mereka yang menceroboh tanah di Pahang ini," titah baginda.

Iklan

Baginda turut menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah menceroboh tanah kerajaan.

Al-Sultan Abdullah bertitah penyelesaian akan dilakukan dengan cara yang baik dan berhemah demi menjaga keharmonian rakyat.

"Kita akan bertindak sedemikian dan akan selesaikan secara baik," katanya.