'Saya bukan pengkhianat'
Iklan
Muhyiddin - Foto Bernama
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, beliau sedar pelantikannya sebagai Perdana Menteri kelapan bukanlah melalui pilihan raya.
Namun katanya, beliau dipilih sebagai Perdana Menteri selepas mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Iklan
Iklan
"Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Ini adalah satu amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen di Malaysia," jelasnya dalam satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung malam ini.
Iklan
Mengulas lanjut, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, dalam perkembangan politik yang berlaku mutakhir ini, beliau tidak berniat untuk mencetuskan konfrontasi dengan sesiapa.
Tambah Muhyiddin, beliau dan ahli Dewan Rakyat sememangnya memberikan sokongan padu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri namun malangnya Dr Mahathir tidak mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan.
Iklan
"Apa pilihan yang saya ada? Terus menyokong Tun Dr Mahathir yang tidak mempunyai sokongan majoriti atau menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri?
"Jika saya terus menyokong Tun Dr Mahathir, kemelut politik akan berpanjangan," jelas Ahli Parlimen Pagoh itu.
Sehubungan itu katanya, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dan Ahli Parlimen Langkawi itu sendiri sudah memberikan laluan kepadanya sekiranya mendapat sokongan majoriti.
"Dengan sokongan itu, saya telah menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri.
"Saya tahu ada yang marah kepada saya. Seperti yang dijangka, ada pihak yang menggelar saya pengkhianat. Dengarlah baik-baik, saya bukan pengkhianat," kata Muhyiddin.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI TH: Parlimen bukan 'one-man show' - Syed Saddiq"><meta itemprop="description" content="RCI TH: Parlimen bukan 'one-man show' - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik tindakan sebahagian pemimpin blok pembangkang yang memboikot pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) dengan keluar daripada Dewan Rakyat.
Beliau berpandangan, tanggungjawab ahli Parlimen pembangkang dalam menjalankan fungsi semak dan imbang tidak seharusnya terhenti hanya disebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menghadiri persidangan tersebut atas faktor kesihatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791587/berita/nasional/rci-th-parlimen-bukan-one-man-show---syed-saddiq
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik inar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dewanrakyat #sidangdewanrakyat #Parlimen #RCITH #SyedSaddiqAbdulRahman"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-11T07:21:58.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P136S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xawrn5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xawrn5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xawrn5q"></script>