'Ketepikan perbezaan, tumpu persiapan hadapi PRU'
Iklan
ALTIMET
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang meminta semua ahli partinya agar bersatu dan mengetepikan segala perbezaan pandangan.
Ketuanya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet berkata, ia berikutan tumpuan utama kini adalah membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Iklan
Iklan
"Saya menyeru kepada semua ahli Cabang untuk letak tepi segala perbezaan, sudah tiba masa untuk kita bersatu. Perbezaan pandangan kekuatan kita, bukan kelemahan.
"Saya hulurkan tangan kepada semua tanpa mengira kem, kumpulan atau kecenderungan untuk kita mula bersiap sedia dari sekarang bagi menghadapi PRU akan datang.
Iklan
"Perjuangan belum selesai. Masa depan Ampang bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sebelum ini dilaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya itu diumumkan sebagai pemenang jawatan Ketua Cabang PKR Ampang dalam pemilihan parti 2025.
Iklan
Beliau memperoleh 1,926 undi menewaskan dua pencabarnya, Mohd Kamri Kamaruddin, yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (1,637 undi) dan Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang menerima 236 undi.
Mengulas lanjut, Altimet turut menzahirkan penghargaan kerana diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab itu.
"Saya dengan penuh rasa rendah hati dan syukur diberi kepercayaan oleh ahli-ahli untuk memikul amanah sebagai Ketua Cabang yang baharu.
"Kemenangan ini bukan milik saya seorang tetapi milik seluruh pasukan yang bekerja tanpa henti serta ahli yang percaya bahawa masa depan Keadilan di Ampang memerlukan nafas baharu, kepimpinan berprinsip dan semangat perubahan.
"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli yang telah mengundi. Penglibatan aktif saudara dalam proses ini membuktikan demokrasi parti kita terus subur dan hidup,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>