Operasi pembersihan menerusi Ops Mega pascakebakaran saluran gas di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya diteruskan hari ini melibatkan tiga sektor utama iaitu A, B dan C.
Pemerhatian Bernama mendapati jentera pembersihan mula memasuki lokasi kejadian pada 9 pagi bagi melakukan kerja-kerja pembersihan yang membabitkan
12 zon dengan penyertaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan bukan kerajaan (NGO).
Sektor A dan B melibatkan kawasan Taman Putra Harmoni, manakala sektor C Kampung Kuala Sungai Baru, dengan setiap zon dikendalikan oleh PBT berbeza, selain sokongan daripada agensi persekutuan dan NGO.