Memperkukuh perbukuan negara
Iklan
Masih ramai masyarakat umum yang terpaut hati pada pembacaan buku fizikal. - Gambar hiasan
Sering dibincangkan tentang kedudukan buku dalam zaman sains dan teknologi digital ini. Buku-buku yang berbentuk fizikal telah mendapat tentangan daripada buku digital seperti e-book. Apa pun ia banyak bergantung kepada minat membaca. Meski sains dan teknologi ingin menjadi raja, tetapi masyarakat umum masih ramai yang terpaut hatinya pada pembacaan buku fizikal.
Sebagai contoh dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, boleh dikatakan mendapat sambutan. Begitu juga Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) sama ramai khalayaknya.