WhatsApp alami gangguan di seluruh negara

Iklan
Data yang dikumpul DownDetector mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 597 aduan telah didaftarkan, dengan 85 peratus berkaitan dengan masalah penghantaran mesej. Foto Reuters

APLIKASI media sosial milik Meta, WhatsApp mengalami gangguan di seluruh negara, menurut laman web Downdetector.

Isu ini dilaporkan sekitar jam 10.30 malam waktu Malaysia.

Iklan
Iklan

Para pengguna tidak dapat menghantar pesanan menerusi aplikasi itu.

Data yang dikumpul DownDetector mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 597 aduan telah didaftarkan, dengan 85 peratus berkaitan dengan masalah penghantaran mesej; 12 peratus kepada fungsi aplikasi umum dan tiga peratus untuk masalah log masuk.

Iklan

Bagaimanapun, tiada kenyataan segera daripada WhatsApp mengenai gangguan itu.

Selain itu, tiada laporan gangguan masa ke atas aplikasi Meta seperti Facebook dan Instagram.- Awani

Iklan