PRK Ayer Kuning: Amanah yakin dapat bantu menangkan lima PDM
Iklan
Mohamad Sabu (dua dari kanan) dan calon Barisan Nasional, Dr Mohamad Yusri Bakir (dua dari kiri) berbual mesra ketika hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti Amanah bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di Tanjung Keramat hari ini. Foto Bernama
TAPAH - Parti Amanah Negara (Amanah) yakin dapat membantu memenangkan lima Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dipertanggungjawabkan kepada parti itu dalam memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kekal milik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.
Lima PDM itu ialah Tanjung Keramat, Ayer Kuning, Sungai Kroh, Ayer Kuning Selatan serta Batu Tiga.
Iklan
Iklan
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jentera parti itu diyakini mampu menepis dakyah pembangkang terutama berhubung dakwaan Islam terancam di negara ini.
"Pembangkang sudah ketirisan modal apabila membangkitkan isu Islam terancam, sedangkan hal itu sudah banyak kali dijawab kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Amanah di sini pada Sabtu.
Iklan
Turut hadir calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning Dr Mohamad Yusri Bakir.
PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Februari lepas akibat serangan jantung.
Iklan
Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid
 Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T07:39:43.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalavm2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalavm2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalavm2"></script>