HULU TERENGGANU - Hasrat seorang lelaki untuk pulang ke pangkuan isterinya di Segamat, Johor tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 379.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) laluan Ajil-Bukit Besi, di sini, pagi Jumaat.
Mangsa, Che Rosli Che Mat, 57, yang memandu seorang diri dari Kelantan dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan itu terbabas.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa memulakan perjalanan dari rumahnya di Kelantan kira-kira jam 8.30 pagi menuju ke Segamat, Johor untuk bertemu isterinya.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam longkang.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat," katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.