Malaysia rujukan negara luar - PM

Iklan
Anwar (kanan) hadir Majlis Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama pada Sabtu.

BACHOK - Malaysia kini menjadi antara negara rujukan oleh banyak pemimpin dunia dan negara Asia berikutan kestabilan dasar ekonomi, pentadbiran serta hala tuju yang diyakini membawa kemajuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan Kerajaan Madani yang menekankan tata kelola baik, keadilan sosial dan pertumbuhan ekonomi menyeluruh telah menarik perhatian global.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara pemimpin yang menghubunginya termasuk Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

"Mereka menghubungi saya bukan sebab Anwar Ibrahim, tetapi kerana mereka kagum dengan kestabilan dan pentadbiran Malaysia sekarang.

Iklan

"Ini membuktikan kerajaan yang stabil membawa keyakinan pelabur dan mendapat pengiktirafan dunia,” katanya ketika berucap pada Majlis Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama di sini Sabtu.

Anwar berkata, keyakinan itu juga turut dicerminkan menerusi kemasukan pelaburan asing yang kekal tinggi dan kadar inflasi negara yang kekal terkawal meskipun dunia berdepan ketidaktentuan.

Iklan

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus mengekalkan asas ekonomi yang kukuh agar manfaat pertumbuhan dapat dirasai seluruh rakyat.

"Ekonomi kita berkembang dengan baik. Kita tidak hanya bercakap, tetapi menunjukkan hasil menerusi prestasi ekonomi negara yang diiktiraf,” katanya.