TOKYO - Majlis Kuarantin Ringan Bagi Kuda Jepun mengesahkan berlakunya jangkitan selsema ekuin pada 8 April di tiga ladang pembiakan kuda di Wilayah Kumamoto, lapor agensi berita Xinhua.
Langkah pencegahan sedang dilaksanakan termasuk mengasingkan kuda yang dijangkiti, menyekat pergerakan kuda lain, memberikan vaksin serta menjalankan kerja pembasmian kuman di kemudahan bagi mengekang penularan penyakit itu.