Kami kembali, kata Idris

Iklan
Idris meninggalkan Seri Negeri selepas mengadakan pertemuan dengan Mohd Khalil di pejabat TYT tadi.

MELAKA TENGAH - Perikatan Nasional yang disertai Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Melaka memperoleh majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menumbangkan Pakatan Harapan.

Perkara itu disahkan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron selepas mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini tadi.

Iklan
Iklan

Idris ketika ditemui media berkata, pihaknya akan menyampaikan berita gembira berkenaan kepada rakyat di negeri ini.

"Yes, we are back (ya, kami kembali)," katanya ringkas sebelum meninggalkan pihak media di hadapan kompleks Seri Negeri tadi.

Iklan

Difahamkan perkara itu akan diumumkan secara rasmi dalam satu sidang akhbar di Hotel Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sebentar lagi.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini menjadi tumpuan media sekali lagi apabila kenderaan yang membawa Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memasuki kompleks kerajaan itu tadi.

Iklan

Abd Rauf yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah mengetuai pertemuan yang disertai beberapa ADUN bersama Mohd Khalil di Pejabat Tuan Yang Terutama.