Misi Soon Huat - Shevon di Ningbo, China berakhir

Iklan
Soon Huat (kiri) dan Shevon kalah kepada pasangan Indonesia dalam saingan suku akhir BAC di China pada Jumaat. Foto Agensi.

PERJUANGAN beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terhenti dalam saingan suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di China.

Gandingan suami isteri yang berstatus ketiga dunia itu tumpas di tangan pasangan bukan pilihan, Jafar Abdullah-Felisha Alberta Pasaribu secara straight set.

Iklan
Iklan

Bagai ada yang tidak kena dengan aksi Soon Huat-Shevon ketika berdepan pasangan Indonesia itu yang mengutip mata demi mata dan padu bertahan ketika diasak untuk menang 21-15 pada set pertama.

Kesilapan di jaring turut mengundang padah buat pasangan negara apabila ia mengganggu rentak permainan mereka dalam aksi di Pusat Sukan Olimpik Ningbo itu.

Iklan

Kelebihan tersebut dimanfaatkan Jafar-Felisha untuk menutup permainan dengan kemenangan 21-11 dalam masa 38 minit permainan.

Ia merupakan pertemuan pertama buat kedua-dua pasangan.

Iklan

Keputusan tersebut menyaksikan Soon Huat-Shevon gagal membaharui pencapaian dua tahun lalu apabila meraih gangsa pada edisi 2023.