Tanah runtuh hempap rumah Orang Asli di Gombak

Iklan
Sebuah rumah di Batu 12 Gombak terjejas dalam insiden tanah runtuh, pada Jumaat. Foto: BOMBA SELANGOR

GOMBAK - Sebuah rumah di Batu 12 Gombak, Kampung Orang Asli, di sini, terjejas dalam kejadian tanah runtuh pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 5.05 pagi.