Malaysia terus pantau tarif Trump - PM
Iklan
Anwar.
KUALA LUMPUR - Malaysia terus memantau perkembangan terkini berkenaan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) meskipun industri semikonduktor tidak terjejas secara langsung dengan situasi tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri semikonduktor negara terus berdaya saing.
"Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) pada hari ini membincangkan pembiayaan Strategi Semikonduktor Nasional dan ini penting untuk menangani jurang pembiayaan syarikat tempatan berdasarkan rantaian nilai semikonduktor dan projek integrasi mendatar industri berteknologi tinggi selaras dengan dasar Pelan Induk Perindustrian Baharun (NIMP) 2030 dan Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS)” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.
Anwar yang mempengerusikan MPN buat kali kedua pada tahun ini telah mempertimbangkan beberapa laporan kemas kini melibatkan dasar penting berkaitan pelaburan negara.
Beliau berkata, agenda reformasi ekonomi negara perlu diteruskan termasuk reformasi industri melibatkan Pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) yang turut dibincangkan hari ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>