Inisiatif 'Tambah Emas' bantu atlet paralimpik ke Tokyo 2020
Iklan
INISIATIF"Tambah Emas” iaitu program mengumpul dana awam bagi persiapan atlet paralimpik ke temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, yang diusahakan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) membuktikan bahawa badan itu memahami situasi semasa kerajaan yang berdepan sumber terhad.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap pihak korporat dan masyarakat umum akan menyumbang bagi menyokong usaha MPM menambah lebih banyak pingat emas dalam acara sukan itu.