Mega Karnival: FELDA perkasa usahawan desa ke pentas global

Iklan
Ahmad Shabery

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan menggabungkan Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dalam majlis yang sama.

Ia sebagai tanda sokongan terhadap saranan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan
Iklan

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penganjuran bersepadu itu bertujuan membuka laluan kepada produk tempatan untuk menembusi pasaran global.

Menurutnya, program tersebut turut menjadi medan untuk menghargai sumbangan warga peneroka dan mempromosikan hasil produk tempatan.

Iklan

"Dengan memilih tema ‘Desaku Mendunia’, FELDA percaya mega karnival ini mampu memperkasakan ekosistem usahawan selain memudahkan akses dan membina peluang jaringan kerjasama antarabangsa.

"Mega Karnival ini dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 7 Julai 2025, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Iklan

"Saya sangat teruja dan percaya bahawa pendekatan holistik ini akan memberi manfaat besar kepada warga peneroka, komuniti luar bandar serta pemain industri kecil dan sederhana (IKS) seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebarang urusan lanjut berkaitan penyertaan atau penglibatan dalam mega karnival itu boleh dibuat melalui Sekretariat HPF di e-mel sekretariat.f@felda.net.my.