Kanta Lekap

Iklan
Pembantu Jualan Kedai Cermin Mata, Aiman Bukhari 22, menyusun kotak pelbagai jenis kanta lekap berwarna dan tidak berwarna ketika ditemui hari ini.

Kanta lekap dijual pada harga RM25 dan RM45 bagi kanta lekap berwarna manakala kanta lekap untuk pengguna yang rabun berharga RM80.

Dulu merupakan alternatif buat si rabun jauh yang enggan bercermin mata, kini kanta lekap berwarna termasuk yang tanpa kuasa menjadi pilihan wanita bagi melengkapkan penampilan diri, terutama ketika ke acara besar seperti majlis perkahwinan.

Namun, dalam keghairahan mengejar penampilan yang lebih menarik, ada risiko kesihatan mata menunggu mereka yang mengabaikan garis panduan pemakaian kanta lekap, termasuk berkemungkinan menjadi buta.