4 maut dalam insiden bangunan runtuh

Iklan
Empat orang maut dalam insiden bangunan runtuh di wilayah Asyut, tengah Mesir pada Rabu. Foto hiasan

KAHERAH - Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam insiden bangunan runtuh di wilayah Asyut, tengah Mesir pada Rabu, lapor Xinhua.

Menurut sumber tempatan kepada Xinhua, antara mangsa yang terkorban ialah seorang ibu dan anaknya.

Iklan
Iklan

Kejadian runtuhan bangunan empat tingkat itu berlaku pada awal pagi, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

Pasukan penyelamat menggunakan jentera berat bagi mengalihkan sisa runtuhan. Siasatan mengenai punca kejadian runtuhan itu sedang dijalankan. - Bernama

Iklan
Iklan