JAKARTA - Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bersedia untuk memberi perlindungan sementara kepada penduduk Palestin yang menjadi mangsa perang genosid di Genting Gaza.
Pengumuman itu dibuat Prabowo pada Rabu ketika beliau memulakan lawatan ke Asia Barat.
Iklan
Iklan
Beliau memaklumkan sudah mengarahkan menteri luarnya untuk segera berbincang dengan Palestin dan pihak lain tentang proses pemindahan tersebut.
"Kami mahu pindahkan mangsa cedera, trauma dan anak yatim,” ujarnya sambil menambah golongan itu akan ditempatkan di Jakarta sehingga mereka pulih dan situasi di Gaza disahkan selamat untuk pulang.
Sejak beberapa bulan lalu, Jakarta telah memberikan sokongan kemanusiaan yang konsisten kepada penduduk Palestin termasuk berikrar untuk menyalurkan lebih 120 bilion rupiah (RM36.3 juta) dan rancangan membina ‘perkampungan Indonesia’ yang dilengkapi sekolah, hospital, masjid serta unit rumah di Gaza. - Agensi