Bekas tentera ceroboh kem askar wataniah direman

Iklan
Suspek (tengah) direman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Gerik bagi membantu siasatan kes ceroboh kawasan Kompeni C, Batalion Kedua Rejimen 503 Askar Wataniah di Gerik.

GERIK - Seorang bekas tentera yang ditahan selepas disyaki menceroboh kawasan Kompeni C, Batalion Kedua Rejimen 503 Askar Wataniah di sini pada Selasa, direman tiga hari.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Muhammad Firdaus Nor Azlan dalam prosiding permohonan reman terhadap lelaki berusia 50 tahun itu di Mahkamah Majistret Gerik pada Rabu.

Iklan
Iklan

Tempoh reman bermula Rabu hingga Jumaat itu diperoleh bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu itu tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 9 pagi dan dibawa keluar dua jam kemudian.

Iklan

Media melaporkan suspek yang dikenali sebagai 'Mat' disedari oleh seorang sukarelawan tentera telah menceroboh kawasan berpagar itu sekitar jam 8.45 pagi.

Suspek dipercayai menconteng perkataan 'dilarang masuk tanpa urusan' pada bangunan dan memaklumkan tanah itu miliknya.

Iklan

Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik berjaya membuat tangkapan terhadap suspek sekitar jam 2.35 petang dan merampas barang-barang yang dipercayai digunakan untuk memecah pagar.