Razman hadir rai penamaan calon PN
Iklan
Razman (kiri) hadir meraikan Majlis Pengisytiharan Calon PN pada Selasa.
TAPAH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria dilihat hadir meraikan Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada Selasa.
Ketua Pembangkang DUN Perak itu hadir lebih awal bersama pimpinan Pas negeri dan Pusat termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad sebelum majlis bermula di Dataran Awam Tapah Road di sini.
Beliau duduk di barisan hadapan atas pentas bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dominic Lau.
Kehadiran Timbalan Pengerusi PN negeri itu mencuri tumpuan kemungkinan kembali aktif dalam pentas ceramah dan politik terutama dalam kempen PRK ini.
Media pada 1 Mac lepas melaporkan, Razman direhatkan daripada tugas Pesuruhjaya Pas Perak susulan beberapa isu yang melibatkan pemimpin itu termasuk mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan Kumpulan YTL Corporation Berhad (YTL).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="BN lebih mudah jelas kerjasama dengan PN berbanding PH - Tok Mat"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) mengakui lebih mudah menjelaskan kepada pengundi mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya kali ini berbanding Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penerimaan pengundi terhadap kerjasama berkenaan juga amat baik sepanjang tempoh berkempen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789441/berita/politik/bn-lebih-mudah-jelas-kerjasama-dengan-pn-berbanding-ph---tok-mat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #BN #PRNNegeriSembilan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-26T05:17:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ctdbE1gPPXlomgM4e/x1080"><meta itemprop="duration" content="P74S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xas92ku"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xas92ku"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xas92ku"></script>